Semak & Cari Penginapan
Carian Pantas
Gunakan bar carian di bahagian atas halaman utama untuk mencari penginapan:
- Destinasi — Taip nama lokasi, bandar, atau negeri
- Tarikh Daftar Masuk / Keluar — Pilih tarikh penginapan anda
- Bilangan Tetamu — Masukkan jumlah tetamu
- Klik Cari
Jenis Penginapan
OtterSpots menawarkan pelbagai jenis penginapan unik:
| Jenis | Penerangan |
|---|---|
| Glamping Tent | Khemah mewah dengan kemudahan lengkap |
| Glamping Pod | Pod berkubah dengan pemandangan bintang |
| Cabin | Kabin kayu di tengah alam semula jadi |
| Raft House | Penginapan di atas rakit di sungai atau tasik |
| Chalet | Chalet berkonsep resort |
| Villa | Villa eksklusif untuk keluarga atau kumpulan |
| Treehouse | Rumah pokok yang unik |
| Tent Site | Tapak khemah untuk pengembar |
| Cottage | Pondok kecil yang selesa |
| Container | Bekas kontena yang diubahsuai menjadi penginapan |
| Dormitory | Bilik dormitori untuk pelancong bajet |
| Farm Room | Bilik di ladang, dekat dengan alam semula jadi |
| RV Site | Tapak untuk RV / karavan anda |
| Apartment | Apartment untuk penginapan jangka pendek |
Menapis Hasil Carian
Setelah mencari, anda boleh tapis hasil mengikut:
- Julat harga — Tetapkan harga minimum dan maksimum setiap malam
- Jenis unit — Pilih jenis penginapan pilihan anda
- Kapasiti — Bilangan tetamu yang boleh ditampung
- Isih — Harga terendah, harga tertinggi, kapasiti
Halaman Lokasi
Klik pada mana-mana kad lokasi untuk melihat maklumat lanjut:
- Foto — Galeri gambar lokasi dan unit
- Penerangan — Maklumat tentang lokasi
- Kemudahan — Senarai kemudahan yang disediakan (WiFi, kolam renang, BBQ, dll)
- Aktiviti — Aktiviti yang boleh dilakukan berhampiran
- Unit yang tersedia — Semua jenis penginapan di lokasi tersebut
- Ulasan Google — Rating dan ulasan dari tetamu sebelum ini
- Peta — Lokasi penginapan pada peta
Halaman Unit
Klik pada unit untuk melihat:
- Harga per malam
- Kapasiti, bilangan bilik tidur dan bilik mandi
- Tarikh tidak tersedia
- Add-on pilihan (sarapan, BBQ set, kayak, dll)
- Arahan daftar masuk
- Peraturan penginapan
Zon (Zone)
Sesetengah lokasi mempunyai Zon — kawasan atau seksyen berbeza dalam lokasi yang sama. Contohnya, sebuah resort mungkin ada Zon A (tepi sungai) dan Zon B (kawasan bukit). Anda boleh tapis unit mengikut zon.