Urus Perjalanan Anda
Lihat Semua Tempahan
Pergi ke Perjalanan (ikon bawah navigasi atau menu profil) untuk melihat semua tempahan anda.
Tempahan dibahagikan kepada:
- Akan Datang — Penginapan yang belum berlaku
- Lepas — Penginapan yang telah selesai
Detail Perjalanan
Klik pada mana-mana tempahan untuk lihat maklumat penuh:
- Nombor Tempahan — Untuk rujukan jika ada pertanyaan
- Nama Lokasi & Unit — Tempat menginap anda
- Tarikh — Check-in dan check-out
- Bilangan Tetamu
- Arahan Check-In — Cara untuk masuk ke penginapan
- Peraturan — Peraturan yang perlu dipatuhi
- Masa Check-In / Check-Out — Waktu rasmi
- Maklumat Host
Invois & Resit
Untuk muat turun invois atau resit pembayaran:
- Pergi ke halaman Detail Perjalanan
- Klik Lihat Invois
- Invois akan dipaparkan dengan maklumat lengkap:
- Nombor invois
- Pecahan kos (harga asas, yuran pembersihan, add-on, yuran servis)
- Kaedah pembayaran
- Tarikh pembayaran
Batalkan Tempahan
warning
Sila semak dasar pembatalan sebelum membatalkan. Sesetengah unit menawarkan bayaran balik penuh jika dibatalkan lebih awal.
Untuk membatalkan tempahan:
- Pergi ke halaman Detail Perjalanan
- Klik Batalkan Tempahan
- Masukkan sebab pembatalan (pilihan)
- Sahkan pembatalan
Bayaran Balik (Refund)
Jika tempahan layak untuk bayaran balik:
| Status Bayaran Balik | Penerangan |
|---|---|
| Processing | Bayaran balik sedang diproses |
| Refunded | Bayaran balik telah dikreditkan |
| Failed | Gagal proses bayaran balik — hubungi sokongan |
Bayaran balik biasanya mengambil masa 3–7 hari bekerja bergantung pada bank anda.
Hubungi Host
Jika ada soalan tentang penginapan, anda boleh hubungi host melalui maklumat yang tertera dalam detail perjalanan selepas tempahan disahkan.