Skip to main content

Senarai Hartanah

Tambah Hartanah Baru

Klik Add New Property dalam sidebar untuk memulakan wizard setup hartanah. Wizard akan membimbing anda melalui beberapa langkah:

Langkah 1 — Pilih Kategori Hartanah

Pilih jenis hartanah anda:

KategoriContoh
Property RentalHomestay, apartment, condo, villa
Nature RetreatCampsite, glamping, raft house

Langkah 2 — Maklumat Asas

Isi maklumat lokasi:

  • Nama hartanah
  • Alamat — boleh cari melalui Google Places atau masuk manual
  • Bandar, negeri, poskod, negara (default: Malaysia)

Langkah 3 — Sahkan Lokasi di Peta

Lokasi anda akan dipaparkan pada peta interaktif. Gerakkan pin untuk laraskan kedudukan yang tepat. Koordinat GPS akan disimpan secara automatik.

Langkah 4 — Mod Sewaan (Property Rental sahaja)

Pilih cara hartanah anda disewakan:

ModPenerangan
Whole PropertyTetamu tempah keseluruhan hartanah. Satu harga per malam.
Individual RoomsSetiap bilik boleh ditempah secara berasingan.
warning

Pilihan ini tidak boleh diubah selepas hartanah dicipta.

Untuk Nature Retreat, langkah ini digantikan dengan pilihan zon — beri nama kawasan dalam retreat anda (contoh: "Zon Tepi Sungai", "Zon Bukit") atau skip jika tiada zon.

Langkah 5 — Maklumat Unit Pertama

Isi maklumat untuk unit/bilik/lot pertama:

  • Nama unit
  • Kapasiti tetamu
  • Harga asas per malam (RM)

Langkah 6 — Gambar (boleh skip)

Gambar boleh dimuat naik selepas setup selesai dari dashboard.

Langkah 7 — Semak & Selesai

Semak maklumat dan klik Create Property. Hartanah akan dicipta sebagai draf. Anda boleh menerbitkannya dari Setup Hub selepas melengkapkan semua maklumat.


Struktur Senarai di OtterSpots

OtterSpots menggunakan struktur hierarki untuk mengatur hartanah anda:

Lokasi
└── Zon (pilihan)
└── Unit
  • Lokasi — Hartanah anda secara keseluruhan (contoh: "Glamping Riverside Pahang")
  • Zon — Kawasan atau seksyen dalam lokasi (contoh: "Zon Tepi Sungai", "Zon Bukit")
  • Unit — Penginapan individu yang boleh ditempah (contoh: "Glamping Tent A1")

Jenis Lokasi

JenisSesuai Untuk
CampsiteTapak perkhemahan alam semula jadi dengan kemudahan asas
Glamping SiteKhemah / pod mewah dengan kemudahan lengkap
ResortHartanah besar dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti
HomestayRumah kediaman peribadi untuk disewa sepenuhnya
VillaVila eksklusif untuk kumpulan atau keluarga
ChaletChalet dan bungalow percutian
Farm StayLadang dengan penginapan dan pengalaman pertanian
RV ParkTapak dengan kemudahan untuk RV dan karavan
Cabin RetreatKabin di kawasan alam semula jadi
Eco LodgePenginapan mesra alam dan lestari

Jenis Unit

Setiap unit dalam lokasi anda boleh dikategorikan sebagai:

Jenis UnitPenerangan
Tent SiteTapak khemah kosong untuk tetamu bawa khemah sendiri
Glamping TentKhemah mewah dengan katil dan perabot
Glamping PodPod berkubah (geodesic dome) atau pod kayu
CabinKabin kayu dengan kemudahan asas hingga mewah
Raft HouseRumah apung di sungai, tasik, atau laut
Chalet UnitUnit chalet dalam kawasan resort
VillaVila eksklusif berukuran besar
ApartmentApartment untuk penginapan jangka pendek
CottagePondok kecil yang selesa
TreehouseRumah pokok
ContainerBekas kontena diubahsuai menjadi penginapan moden
DormitoryBilik dormitori dengan katil berkembar atau bunk bed
Farm RoomBilik di kawasan ladang
RV SiteTapak dengan sambungan elektrik dan air untuk RV
RoomBilik biasa dalam sebuah penginapan

Maklumat yang Diperlukan untuk Setiap Unit

Untuk setiap unit, pasukan OtterSpots akan memerlukan:

Maklumat Asas:

  • Nama unit
  • Jenis unit
  • Kapasiti maksimum (bilangan tetamu)
  • Bilangan bilik tidur & bilik mandi
  • Keluasan (kaki persegi) — pilihan

Harga:

  • Harga asas per malam
  • Harga perbandingan (compare price) — untuk tunjukkan diskaun
  • Tetamu yang disertakan (included guests)
  • Bayaran tetamu tambahan (extra guest fee) — pilihan

Kemudahan & Ciri-ciri:

  • Senarai kemudahan (WiFi, penghawa dingin, TV, dapur, dll)
  • Add-on yang ditawarkan (sarapan, BBQ set, dll)
  • Sama ada unit boleh dapat bayaran balik (self-refundable)

Foto:

  • Minimum 5 foto per unit
  • Foto ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi
  • Foto luaran / suasana persekitaran

Zon (Pilihan)

Jika lokasi anda mempunyai kawasan yang berbeza, anda boleh kelompokkan unit mengikut zon:

  • Membantu tetamu memilih kawasan pilihan mereka
  • Zon boleh ada nama, penerangan, dan gambar sendiri
  • Setiap unit dikaitkan dengan satu zon

Contoh penggunaan zon:

  • Resort tepi sungai: "Zon Tepi Sungai" vs "Zon Hutan"
  • Glamping site besar: "Zon Premium" vs "Zon Standard"

Gambar Lokasi

Selain gambar unit, sediakan gambar untuk lokasi secara keseluruhan:

  • Gambar utama (thumbnail)
  • Gambar kemudahan awam (kolam renang, area BBQ, dll)
  • Gambar aktiviti (kayak, hiking, dll)
  • Gambar pemandangan dan suasana

Gambar boleh dikelompokkan mengikut seksyen (contoh: "Kolam Renang", "Kawasan Masak", "Pemandangan").