Skip to main content

Urus Tempahan

Status Tempahan

Setiap tempahan di OtterSpots mempunyai status berikut:

StatusPeneranganTindakan Diperlukan
PendingTetamu belum bayar — tempahan akan dibatalkan automatik selepas 15 minit jika tiada pembayaranTiada — tunggu pembayaran
ConfirmedPembayaran berjaya, tempahan aktifSediakan penginapan untuk tetamu
CompletedTetamu telah check-in dan penginapan selesaiTiada
No ShowTetamu tidak hadir selepas tarikh check-out berlaluTiada
CancelledDibatalkan oleh tetamu, host, atau sistemSemak dasar pembatalan
Cancelled with RefundDibatalkan dan bayaran balik diluluskanTiada

Cipta Tempahan Manual

Vendor boleh cipta tempahan terus untuk tetamu walk-in atau tempahan melalui telefon/WhatsApp:

  1. Pergi ke Tempahan → klik Tempahan Baru
  2. Isi maklumat tetamu (nama, emel, nombor telefon)
  3. Pilih unit dan tarikh check-in / check-out
  4. Masukkan jumlah yang telah dibayar
  5. Klik Cipta Tempahan
info

Tempahan manual terus disahkan (Confirmed) — tiada proses pembayaran dalam talian diperlukan. Rekod pembayaran akan dicipta secara automatik dengan status Manual.

Check-In Tetamu

Untuk tandakan tetamu telah tiba:

  1. Pergi ke halaman detail tempahan
  2. Klik butang Check-In
  3. Status tempahan akan bertukar kepada Completed

Pembatalan oleh Vendor

Dalam situasi kecemasan, vendor boleh batalkan tempahan terus dari dashboard:

  1. Pergi ke halaman detail tempahan
  2. Klik Batalkan Tempahan
  3. Pilih sama ada dengan atau tanpa bayaran balik
  4. Masukkan sebab pembatalan
warning

Pembatalan yang kerap oleh host boleh menjejaskan penarafan dan ketampakan hartanah anda di platform. Elakkan pembatalan melainkan dalam keadaan darurat.

Paparan Kalendar Tempahan

Lihat semua tempahan dalam paparan kalendar mengikut lokasi:

  1. Pergi ke Tempahan → klik ikon Kalendar
  2. Pilih lokasi yang ingin dilihat
  3. Tempahan akan dipaparkan mengikut tarikh

Paparan kalendar memudahkan anda mengesan:

  • Tarikh yang sibuk
  • Tempahan yang bertindih
  • Slot kosong yang boleh dipromosi

Sekat Tarikh (Block Dates)

Untuk sekat tarikh tertentu supaya tidak boleh ditempah:

  1. Pergi ke halaman Edit Unit
  2. Klik Sekat Tarikh
  3. Pilih julat tarikh yang ingin disekat
  4. Simpan

Tarikh yang disekat tidak akan tersedia untuk tempahan baru.

Pengurusan & Penapisan Tempahan

Gunakan paparan senarai tempahan dengan penapisan berikut:

  • Status — pending, confirmed, completed, no_show, cancelled
  • Tarikh — julat tarikh check-in / check-out
  • Unit — cari mengikut unit tertentu
  • Sumber — manual atau platform (dalam talian)
  • Carian — nombor tempahan atau nama tetamu

Tab Tempahan Tersuai

Simpan penapisan kegemaran anda sebagai Tab untuk akses pantas:

  1. Set penapisan yang dikehendaki
  2. Klik Simpan sebagai Tab
  3. Beri nama tab
  4. Tab akan kekal untuk kegunaan seterusnya

Maklumat Tetamu dalam Tempahan

Setiap tempahan mengandungi maklumat tetamu berikut:

  • Nama penuh tetamu
  • Nombor telefon
  • Alamat emel
  • Alamat tempat tinggal
  • Tarikh check-in & check-out
  • Nota khas dari tetamu (jika ada)

Arahan Check-In

Pastikan arahan check-in dalam profil unit anda sentiasa dikemaskini. Tetamu akan dapat melihat arahan ini selepas tempahan disahkan.

Arahan check-in yang baik harus mengandungi:

  • Cara mencari lokasi (koordinat GPS)
  • Prosedur ketibaan
  • Lokasi kunci / kod akses
  • Nombor telefon kecemasan

Pembatalan oleh Tetamu

Unit Self-Refundable:

  • Tetamu layak mendapat bayaran balik penuh jika batalkan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum check-in
  • Bayaran balik diproses secara automatik oleh sistem

Unit Tidak Refundable:

  • Tiada bayaran balik untuk pembatalan
  • Perlu dinyatakan dengan jelas dalam penerangan unit

Kaedah Pembayaran Tetamu

KaedahPenerangan
FPXPindahan terus dari bank internet (Maybank, CIMB, Public Bank, dll)
Kad Kredit / DebitVisa, Mastercard
ManualBayaran tunai atau pindahan diproses secara manual oleh vendor

Sokongan & Pertanyaan

Jika ada isu dengan tempahan atau memerlukan bantuan:

Pasukan kami akan membantu dalam masa 24 jam pada hari bekerja.